NADI – MAHIR SPESIAL PROGRAM: Ihya Ramadan: Jom Mengaji @NADI (Tadarus Al-Quran)
28 Februari 2026 | Aktiviti Terkini28 Februari 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, peserta telah mengikuti kelas dalam talian Nadi – Mahir Spesial Program: Ihya Ramadan: Jom Mengaji @Nadi (Tadarus Al-Quran). Seramai 3 orang peserta terlibat dalam kelas ini.
Program Ihya Ramadan Jom Mengaji @NADI Tadarus Al-Quran ini dianjurkan bagi mengimarahkan bulan Ramadan melalui bacaan Al-Quran bersama Ustaz Azam Din dan para peserta. Pengisian merangkumi ceramah ringkas berkaitan kelebihan Al-Quran serta penguasaan asas tajwid. Bacaan Al Quran ini dilakukan secara atas talian. Peserta turut dibimbing dan memperbaiki sebutan melalui sesi tadarus secara beramai-ramai dalam suasana tenang, berilmu dan penuh penghayatan rohani.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: